Lelaki maut dipijak gajah

Lelaki maut dipijak gajah

GUA MUSANG: Seorang pengawal keselamatan maut dipercayai dipijak seekor gajah liar di kawasan ladang sawit, berhampiran Tanah Tinggi Lojing, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, terdapat kesan lebam di bahagian pinggang kiri mangsa, Mohd Marzuki Mohd Nawi, 42.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata siasatan awal mendapati, mangsa bersama rakan menunggang motosikal untuk pergi memancing.

“Semasa sedang mendaki bukit, tiba-tiba mereka terserempak dengan dua ekor gajah dewasa yang keluar dari sebelah kanan mereka.

“Mereka cuba melarikan diri, namun terjatuh dari motosikal. Rakan mangsa yang berada di belakang berjaya melarikan diri.

“Tidak lama kemudian, selepas dua ekor gajah itu meninggalkan tempat kejadian, rakan mangsa datang kembali ke lokasi dan mendapati mangsa sedang kesakitan di dalam semak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Beliau berkata, mangsa di bawa ke Klinik Pos Brooke oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.45 petang.

“Hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan dan terdapat kesan lebam di sebelah pinggang kiri dipercayai dipijak gajah dewasa terbabit.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati ada kesan tapak gajah dan laporan hasil bedah siasat adalah konsisten dengan keterangan kejadian serta saksi bahawa mangsa mati dipijak gajah,” katanya. BH

Lelaki maut dipijak gajah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker