Gadis 17 tahun pemain dram Search

Kuala Lumpur: Kemunculan gadis berusia 17 tahun mengisi posisi dram kumpulan rock legenda, Search di Konsert Nusafest 2023 di Bandar Malaysia, di sini, malam kelmarin menarik perhatian ramai.

Gadis remaja dikenali Naimi Daini itu tampil bersama Search yang dianggotai Datuk Amy (penyanyi), Nasir Daud (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar) dengan memainkan lapan lagu pada malam itu.

Malah, ramai beranggapan Naimi mampu menjadi pelapis pemuzik terbaik negara sekiranya terus mendapat peluang beraksi dengan kumpulan rock hebat seperti Search.



Nasir ketika dihubungi berkata, buat masa sekarang, Naimi adalah pemain dram undangan berstatus tetap dengan Search selain seorang lagi pemain drama berbakat iaitu Arthur.

“Naimi adalah sebagai permain drum muda yang sangat berbakat pernah kami temui di industri muzik tanah air.

“Memandangkan perjalanan Naimi yang masih jauh dengan usia muda, maka kami memberi ruang dan peluang kepadanya untuk bersama-sama di setiap persembahan kami untuk ‘menggali’ pengalaman lebih luas,” katanya.

Menurut Nasir, pada masa sama Search juga begitu menghormati status Naimi yang masih belajar di tingkatan lima dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.



“Kami tidak mahu dia berasa tertekan dengan jadual Search nanti. Malah, kami memberi masa kepada Naimi untuk menghabiskan pelajarannya sebelum diserap sebagai pemain drum kekal Search,” katanya.

Dalam konsert itu, Naimi tampil dengan ketukan padu memainkan lagu-lagu Search seperti Diari Habil & Qabil, Gothik Malam Edan, Isi Atau Kulit, Cakap Memang Murah, Paranoid, Pelesit Kota, Pawana dan medley Rozana / Isabella.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks



Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker