Persatuan pelancongan harapkan ‘talian hayat’ dari Singapura, Brunei

Persatuan pelancongan berharap Putrajaya akan mencapai suatu persetujuan dengan Singapura dan Brunei untuk membenarkan perjalanan tanpa sekatan antara ketiga-tiga negara bagi merangsang pelancongan, ketika kawalan Covid-19 dilonggarkan.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Tan Kok Liang berkata pelancongan domestik tidak cukup untuk menampung industri itu, dan membuka sempadan dengan Singapura boleh membantu merangsang perniagaan.

“Kita boleh mulakan dengan perjalanan untuk perniagaan dan kemudian perjalanan untuk bersenang-lenang,” katanya kepada FMt, mengatakan kira-kira 10.16 juta rakyat Singapura memasuki Malaysia tahun lepas.

Beliau mencadangkan kempen pelancongan bersama melibatkan kedua-dua negara, mengatakan “travel bubble” boleh membantu merangsang perjalanan dan menarik pelancong kerana kedua-dua negara saling bergantung.



Menurut data Tourism Malaysia, pelancong Singapura tertinggi dari segi perbelanjaan, mengalahkan China dengan anggaran RM11.56 bilion dibelanjakan antara Januari dan Jun 2019.

Sebelum pandemik Covid-19, laluan Kuala Lumpur-Singapura merupakan laluan antarabangsa paling sibuk di dunia dengan 30,187 penerbangan pada 2018.

Jambatan antara 2 negara ini tambak paling sibuk di dunia.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Johor, Jimmy Leong berkata pembukaan semula sempadan Malaysia dengan Singapura akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, mengatakan Malaysia dan Singapura saling memerlukan.



Beliau beritahu FMT tahap sosioekonomi rakyat Singapura yang lebih tinggi boleh banyak membantu perniagaan tempatan semasa kemerosotan ekonomi, dengan barangan yang berbaloi dengan harganya untuk pelancong di Malaysia.

“Secara tradisinya, tidak seperti sempadan lain, sempadan di sini membolehkan perjalanan ulang-alik dalam bilangan yang besar, oleh itu banyak perniagaan dan industri bergantung padanya.

“Pembukaan sempadan boleh dianggap sebagai pemangkin untuk memulakan semula ekonomi di Johor.”

Beliau berkata negeri berdekatan seperti Melaka juga akan mendapat manfaat kerana hanya perjalanan ke negeri-negeri itu dari Singapura boleh dilakukan dalam sehari.



Menegaskan pembukaan semula sempadan mesti dibuat tanpa menjejaskan kesihatan dan keselamatan, beliau berkata penutupan sempadan menyebabkan ramai dalam industri pelancongan ragu-ragu sejauh mana mereka boleh bertahan.

Putrajaya sedang berbincang dengan negara-negara zon hijau, terutama Singapura dan Brunei, tentang membolehkan rakyat masing-masing merentas sempadan tanpa pemeriksaan atau kuarantin wajib.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata Putrajaya sedia melonggarkan sekatan untuk rakyat Singapura dan Brunei, tetapi peraturan sama mesti juga diberikan kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Matta Sabah, Lawrence Chin berkata Brunei merupakan penyumbang ke-5 terbesar dari segi pendapatan pelancongan bagi negerinya, dengan lebih 78,000 pelancong tahun lepas.



Sementara itu di Sarawak, Kementerian Pelancongan melaporkan 1.29 juta pelancong dari Brunei pada 2019, atau lebih separuh daripada 2 juta pelancong asing di negeri itu tahun lepas.

Chin berita FMT berkata kadar tukaran mata wang membolehkan pelancong berbelanja jutaan ringgit untuk percutian, membeli-belah, dan makan minum di Sabah.

“Kami mengalu-alukan negara jiran buka sempadan untuk melawat Malaysia,” katanya.

“Kami berharap Brunei akan membuka sempadannya untuk Sabah secepat mungkin kerana Sabah berisiko rendah dari segi jangkitan Covid-19.”



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker