Pemilik misteri

The Fighters Sdn Bhd akan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas pasukan yang menggunakan nama Felda United itu disahkan sudah mempunyai pemilik dan kini hanya menunggu kelulusan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut wakil The Fighters Sdn Bhd yang juga bekas Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman, isu penswastaan membabitkan pengesahan dokumen sokongan kewangan juga sudah diselesaikan dan kini pihaknya hanya menunggu pengesahan badan induk bola sepak negara.

Katanya, beliau bersyukur apabila sebuah syarikat tempatan tampil menjadi penyelamat untuk melabur dalam The Fighters Sdn Bhd, namun bagi menghormati permintaan pemilik baharu itu tidak boleh mengumumkan siapakah individu berkenaan.

“Kita tak boleh nak bagi tahu lagi siapa pelabur dan pemilik baharu itu. Apapun, kita akan umumkan selepas FAM mengesahkan dokumen The Fighters Sdn Bhd bagi tujuan penswastaan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.



Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar dokumen sokongan kewangan yang minta oleh FAM sebelum ini.

“Kita dah hantar Khamis lalu dan sekarang kita hanya tunggu panggilan daripada FAM mengenai pengesahan. Tak ada isu apa pun mengenai penswastaan kita, di mana kita dah lepas semua prosedur itu.

“Cuma FAM nak tahu siapa yang akan melabur di belakang sebab Felda dah tarik diri, sebab itu kita cari pelabur dan sudah ada pemilik baharu,” katanya.

Ditanya adakah benar Felda United akan dijenamakan semula sebagai Rakyat United musim depan, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya mahu memastikan proses penswastaan The Fighters Sdn Bhd berjalan lancar.



“Semua yang datang daripada Rakyat United ini bukan datang daripada kami (The Fighters Sdn Bhd). Tak ada apa-apapun, ini mungkin spekulasi saja. Tak ada benda yang rasmi lagi,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini, ia pertemuan biasa membabitkan wakil pasukan dan pemilik baharu The Fighters Sdn Bhd.

“Pertemuan dengan Tan Sri beliau berminat nak bekerjasama dengan kita sekali. Beliau bagi tahu mungkin kita boleh bekerja sama ataupun jadikan Putrajaya sebagai kita punya ‘base’ pasukan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kemunculan pasukan baharu Rakyat United yang sedang giat merekrut pemain baharu di mana kemunculannya turut dikaitkan sebagai ‘jelmaan semula’ Felda United yang disahkan tidak akan beraksi dalam Liga M musim depan.



Dalam iklan yang disiarkan di Facebook, Rakyat United kini giat mencari pemain untuk membarisi pasukan utama selain dalam saingan Piala Belia dan Piala Presiden. HM

TMJ jaga FAM pun tak sampai setahun, bayangkan jadi PM – Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker