Sektor Awam bukan ‘Cuti’ semua, 30% dibenarkan ke pejabat

Bermula esok sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat, kata Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Bagi maksud itu, katanya ketua jabatan diarah supaya memastikan pegawai di peringkat pengurusan dan pentadbiran yang tidak diperlukan bekerja dari pejabat dijadualkan supaya bekerja dari rumah.

Menurutnya, ini sama ada secara penggiliran atau atau sepenuh masa agar kehadiran mereka di pejabat dioptimunkan pada kadar minimum sepanjang tempoh PKPB dikuatkuasakan.

Work From Home, ARAHAN bukan Lagi Permintaan [Video]

“Arahan kehadiran bertugas ini adalah terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan penting yang ditentukan oleh ketua jabatan selaras dengan surat edaran JPA,” katanya dalam satu pekeliling, hari ini.

Mohd Khairul berkata, semua aktiviti bersemuka – mesyuarat, perbincangan atau latihan – akan dilakukan secara dalam talian sepenuhnya semasa tempoh berkenaan.

PKPB berkuatkuasa di seluruh Sabah mulai 13 Oktober sehingga 26 Oktober manakala di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Labuan, bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober.

Ia bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat selepas pilihan raya negeri Sabah lalu.

13 Oktober, tragedi atau kejayaan untuk Anwar?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker