Wanita Arab Saudi dipenjara 45 tahun kerana hantaran di media sosial

Wanita Arab Saudi dipenjara 45 tahun kerana hantaran di media sosial

RIYADH – Seorang wanita Arab Saudi dihukum penjara 45 tahun berikutan hantaran-hantaran di media sosial, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Nourah binti Saeed al-Qahtani disabitkan oleh Mahkamah Jenayah Khas atas pertuduhan menggunakan internet untuk mengganggu hubungan masyarakat dan ketenteraman awam di Arab Saudi melalui media sosial.



Organisasi pejuang demokrasi berpangkalan di Washington, DAWN berkata, hanya sedikit maklumat mengenai Nourah diketahui termasuk hantaran-hantaran di media sosialnya. Mereka akan terus menyiasat kes itu.

Sabitan ke atas Nourah dibuat beberapa minggu selepas ibu kepada dua anak dan pelajar ijazah kedoktoran di Universiti Leeds, Salma al-Shehab dijatuhi hukuman penjara 35 tahun kerana mengikuti dan mengulang ciap hantaran pembangkang dan aktivis prodemokrasi di Twitter.

Kes terbaharu itu berlaku selepas Presiden Joe Biden menyuarakan hak asasi manusia sebagai isu utama dalam hubungan antara Washington dan Riyadh semasa beliau bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman pada Julai lalu.

Washington telah menimbulkan ‘kebimbangan utama’ dengan Arab Saudi mengenai hukuman terhadap Salma, termasuk larangan perjalanan selama 34 tahun untuk ciapannya.



Kes Nourah dan Salma menggariskan tindakan keras terhadap mereka yang mengkritik Putera Mohammed walaupun beliau memperjuangkan pembaharuan seperti membenarkan wanita memandu dan melaksanakan projek baharu untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Saudara-mara kepada tahanan politik itu berharap lawatan Biden akan membantu membawa kepada pembebasan mereka yang dipenjarakan.

Pengarah Penyelidikan Wilayah Teluk di DAWN, Abdullah al-Aoudh berkata, dalam kes Salma dan Nourah, pihak berkuasa Arab Saudi menggunakan undang-undang ‘keras’ untuk menghukum rakyatnya kerana mengkritik kerajaan di Twitter. K Online

Wanita Arab Saudi dipenjara 45 tahun kerana hantaran di media sosial




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker