Farahdhiya merasakan ada ketumbuhan pada otak

Farahdhiya merasakan ada ketumbuhan pada otak

TIDAK dapat dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyebabkan ramai artis tanah air terpaksa akur dengan permintaan kerja yang semakin berkurangan.

Malah, pelakon dan penyanyi Farahdhiya Mohd Amin, 38, mendedahkan dia mengalami gangguan emosi yang berpanjangan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“Ketika tempoh PKP, setiap hari saya rasa sakit kepala sehingga merasakan ada ketumbuhan pada otak. Saya terpaksa makan ubat setiap hari.

“Kemudian apabila melakukan pemeriksaan, doktor beritahu ia hanyalah disebabkan tekanan.

“Memang betul rasa tertekan kerana setiap hari berkurung di rumah sahaja ketika itu,” katanya memetik laporan mStar.

Bagaimanapun, segalanya berakhir apabila industri seni sudah kembali aktif dan ia telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada bekas peserta Gegar Vaganza musim kedua ini.

Bahkan, pelakon drama Mencari Kiblat itu turut memaklumkan dia akan menghabiskan masa lapangnya dengan melakukan aktiviti dan berehat di rumah sahaja.

“Sekarang saya kembali aktif menerima pelbagai tawaran kerja dalam bidang nyanyian dan lakonan.

“Jika ada hari cuti saya lebih suka duduk di rumah berehat dan tidak keluar berjumpa kawan-kawan,” jelasnya. Utv

Farahdhiya merasakan ada ketumbuhan pada otak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker