Vellfire Tak Dapat, RM23,000 Lesap

Vellfire Tak Dapat, RM23,000 Lesap

KUANTAN: Seorang peniaga kedai makan kerugian RM23,000 selepas terpedaya dengan urusan jual beli kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang tidak wujud.

Peniaga wanita berasal dari Temerloh itu tertarik untuk memiliki kenderaan berkenaan selepas melihat iklan menjual kereta terpakai dalam media sosial Facebook pada 20 November tahun lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berminat untuk membeli Toyota Vellfire model Z keluaran 2018 telah menghubungi jurujual yang memperkenalkan diri sebagai Stacy.

Katanya, mangsa berminat membeli Toyota Vellfire berkenaan dan jurujual (Stacy) memaklumkan harga sebenar kenderaan mewah itu RM80,000 dan meminta mangsa mendedahkan nombor kad pengenalannya.

“Mangsa membuat empat transaksi ke dalam akaun seorang individu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM23,000.

“Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, modus operandi kes berkenaan ialah suspek memperdaya mangsa dengan urusan jual beli kenderaan tidak wujud menggunakan media sosial Facebook sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian.

Dalam kes lain, seorang kerani wanita di Bentong kerugian RM3,661 selepas terperdaya dengan tawaran kerja yang tidak wujud.

Mohd Wazir berkata, mangsa diberikan tugasan membuat belian dengan dijanjikan komisen sebanyak RM60 hingga RM80 sehari, mangsa telah melakukan tugas pertama dan berjaya menerima komisen dijanjikan.

Katanya, mangsa meneruskan tugas baharu dan memasukkan sejumlah wang ke tiga akaun individu berlainan, akibatnya mangsa mengalami kerugian sebanyak RM3,661.

Mangsa membuat laporan di IPD Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-BH

Vellfire Tak Dapat, RM23,000 Lesap

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker