Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin berniat baik untuk rakan apabila memohon maaf atas tindakan ketua Pemuda PAS Sik yang menghukum mereka yang mengundi Pakatan Harapan atau Barisan Nasional akan masuk neraka.

Tetapi tugas beliau tidak selesai dengan isu itu sahaja kerana rakan akrab beliau dalam PN telah banyak melempar dakyah liar kepada banyak pihak sejak zaman berzaman di mana parti lama beliau Umno sendiri di kenakan tuduhan khafir melalui amanat Presiden PAS Haji Hadi Awang.

Oleh kerana itulah agaknya Tan Sri Muhyiddin pernah mengelar PAS – parti ajaran sesat, atas keceluparan dan juga sikap berubah-ubah PAS.

Baru-baru ini juga pesuruhjaya PAS Perak menuduh Anwar Ibrahim akan membenarkan perkahwinan sama jenis jika berkuasa.

Isunya kata-kata dari mulut presiden dan pesuruhjaya PAS negeripun sama tajam dan hebat kenapa hanya kenyataan ketua pemuda PAS di tegur dan di pohon maaf ?

Adakah konsep kekebalan dan pilih bulu dibenarkan dalam Islam?

Adakah dengan memadam rekod pengharaman Amanat Haji Hadi dari portal rasmi Jakim oleh kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin maka segala dosa lama boleh dimaafkan begitu sahaja?

Berapa ramai telah becerai berai dan dikafiri olih Amanat Haji Hadi?

Adakah menteri agama daripada PAS menganggap memadamkan pengharaman Amanat Haji Hadi dari portal Jakim rakyat dengan mudahnya boleh memaafkan segala-galanya?

Adakah menteri agama menganggap kuasa di tangannya satu hari nanti boleh dengan semudahnya mengeluarkan pengesahkan siapa kafir dan siapa masuk neraka sesuka hati?

Sekarang keluar pula tuduhan mereka dalam PH terdiri daripada orang tidak beriman dan menteri agama berdiam diri .

Nampaknya, Tan Sri Muhyiddin akan mengeluarkan banyak lagi pemohonan maaf untuk anak buahnya daripada PAS kerana mereka tidak pernah serik.

Dengan kenyataan kontroversi ahli neraka ketua Pemuda PAS dan tuduhan LGBT oleh pesuruhjaya PAS negeri baru baru ini, adakah Tan Sri Muhyiddin berpendapat PAS adalah masih parti ajaran sesat seperti beliau pernah katakan dahulu?

Nampaknya, tabiat kontroversi lama PAS yang dulunya dikatakan sesat masih kekal, yang berubahnya adalah hari ini PAS adalah sahabat baik Muhyiddin.


RAJA BAHRIN SHAH ialah Pengerusi Amanah dan Pakatan Harapan Terengganu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker