Tindakan Zuraida Keluar Parti Menunjukkan Bersatu Semakin Lemah – Ahmad Maslan

Tindakan Zuraida Keluar Parti Menunjukkan Bersatu Semakin Lemah – Ahmad Maslan

PONTIAN: Keputusan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraidah Kamaruddin yang keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu tidak akan berlaku sekiranya Akta Antilompat Parti segera dikuatkuasakan.

Katanya, Rang Undang-Undang Antilompat Parti perlu dibentangkan di Parlimen pada Julai ini biarpun tiada sidang dewan khas.

“Apabila Bersatu telah kehilangan seorang ahli parlimen, pada pandangan saya mereka mahu seorang lagi menteri dari Bersatu itu tidak dijadikan tekanan kepada PM.

“Mereka bukan semakin kuat tetapi lemah, apabila parti lemah nak minta lagi kuota yang sama. Kita kena beri kebebasan kepada PM untuk pilih, jika perlu merombak itu adalah hak prerogatif PM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka UMNO Pontian dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut di Pontian, Johor.

Pada Khamis, Zuraidah mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi selepas melompat parti dari Bersatu ke PBM.-AA

Tindakan Zuraida Keluar Parti Menunjukkan Bersatu Semakin Lemah – Ahmad Maslan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker