Sentuh kemaluan budak sebelum beri RM20

Sentuh kemaluan budak sebelum beri RM20

SEORANG lelaki ditahan semalam selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di Jalan Laksamana, Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa pada pukul 12.01 tengah malam, pada Sabtu.



Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak.

“Mangsa telah disapa oleh suspek berusia 41 tahun yang tidak dikenali dan telah menerima ajakan untuk menaiki motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek telah membawa mangsa ke rumah yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah mangsa.

Mangsa telah dicabul di bahagian kemaluan dan suspek bertindak membuka seluar serta menggesel kemaluannya ke arah kemaluan mangsa.



“Mangsa telah melarikan diri setelah suspek memberi wang tunai RM20.

“Mangsa bertindak menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapa sebelum dibawa ke balai untuk membuat laporan polis,” jelasnya.

Noor Ariffin berkata, suspek telah ditahan pada pukul 1.50 pagi kelmarin dan kini direman sehingga Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051. Utv

Sentuh kemaluan budak sebelum beri RM20

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker