Cas 10 minit, pandu 400 km

Cas 10 minit, pandu 400 km

Beijing: Pembuat bateri terbesar di dunia melancarkan pengecas kereta terpantas pertama yang mengambil masa hanya 10 minit untuk pengecasan dan membolehkan kenderaan dipandu sejauh 400 kilometer (km).

Independent UK melaporkan, Contemporary Amperex Technology Limited (CATL) China berkata, bateri litium-ion baharunya akan membuka era baharu untuk kenderaan elektrik (EV).



Apabila dicas penuh, kereta boleh dipandu sehingga lebih 700 km tanpa perlu dicas semula, kira-kira 60 peratus lebih jauh jaraknya berbanding EV pada 2023.

CATL berkata, peningkatan dalam kapasiti bateri dan masa pengecasan itu dicapai melalui formula elektrolit superkonduktor baharu yang menghasilkan kekonduksian yang lebih baik.

“Masa depan teknologi bateri EV mesti kekal kukuh di sempadan teknologi global, serta faedah ekonomi.

“Memandangkan pengguna EV beralih daripada pengguna perintis kepada biasa, kita harus menjadikan teknologi canggih boleh diakses oleh semua dan membolehkan semua orang menikmati hasil inovasi,” kata Dr Wu Kai, ketua saintis di CATL.



CATL, yang mengeluarkan lebih banyak bateri litium-ion berbanding mana-mana pesaingnya pada tahun lalu merancang untuk memulakan pengeluaran besar-besaran bateri generasi baharu itu, akhir tahun ini.

Syarikat itu tidak mendedahkan pembuat kereta pertama yang menerima bateri berkenaan, walaupun pelanggannya termasuk model BMW, Daimler AG, Honda, Tesla, Toyota, Volkswagen dan Volvo.

Jualan EV yang menunjukkan peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan lebih daripada 10 juta dijual tahun lalu.

Bagaimanapun, ia masih menyumbang kurang daripada satu perlima daripada semua jualan kereta.



Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, kebimbangan jarak jauh kekal sebagai salah satu halangan pengguna mempertimbangkan pembelian EV hingga menyebabkan pengeluar seperti CATL melabur banyak dalam mengatasi kekangan itu.

Kebanyakan pembuat kereta utama menetapkan sasaran untuk menghentikan kereta dengan enjin pembakaran dalaman sepenuhnya menjelang 2040. HM

Cas 10 minit, pandu 400 km

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’



Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker