Veteran Umno gesa henti komen pengampunan Najib

Jangan lebih sudu daripada kuah

Veteran Umno gesa henti komen pengampunan Najib

Veteran Umno menyokong pendirian Presiden Zahid Hamidi agar semua penyokong Najib Razak tidak mengeluarkan kenyataan berhubung status pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan baru-baru ini.

Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata, semua pihak perlu menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan Agong untuk membuat keputusan tanpa sebarang tekanan.



“Veteran faham penyokong Najib tidak sabar menunggu pembebasannya. Tapi kata putusnya ada pada Agong.

“Apa yang boleh dilakukan (adalah) berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan pengampunan itu,” katanya dalam kenyataan.

Mustapha turut memberikan amaran kepada pemimpin parti yang membentuk gabungan kerajaan perpaduan agar tidak mengeluarkan kenyataan sama ada menyokong mahupun membantah proses pengampunan.

“Ini hal Umno dan Agong. Najib sudah membuat petisyen mengikut peruntukan undang-undang dan Majlis Kerja Tertinggi sedang berusaha menghadap Agong untuk merayu.



“Jangan bertindak semberono sehingga membelakangkan kuasa Agong. Jangan sekali-kali menjadi lebih sudu dari kuah,” katanya.

Memetik sumber, FMT sebelum ini melaporkan bahawa Lembaga Pengampunan tidak membincangkan permohonan pengampunan bekas perdana menteri itu.

Zahid turut menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan buat Najib, termasuk pemimpin Amanah, Khalid Samad yang membantah pengampunan itu. FMT

Veteran Umno gesa henti komen pengampunan Najib



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker