Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah

Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah

SHAH ALAM: Hati seorang ibu luluh selepas menerima berita anaknya ditendang di kepala hanya kerana menegur rakannya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Kisah tragis itu dikongsikan oleh ibu mangsa menerusi akaun Facebook milik anaknya memberitahu keadaan itu menyebabkan anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan terbabit.



Ibu malang itu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada warden asrama dan mendapat tahu kejadian bermula apabila anaknya yang merupakan ketua kelas menegur kawan sekelas lain yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Dakwanya, keadaan itu menyebabkan rakan terbabit tidak berpuas hati lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala secara tiba-tiba.

“Ketika dimaklumkan dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya ALLAH saja yang tahu isi hati seorang ibu,” katanya yang turut memberitahu bahawa anaknya tidak sukakan kekerasan dan keganasan.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian.



Setakat ini, dia memaklumkan anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki, namun ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

Tambah pengguna Facebook itu, ia adalah takdir ALLAH yang amat berat untuk seorang ibu apabila orang lain sanggup bertindak sedemikian kepada anaknya.

“Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama,” ujarnya.
Dalam masa sama, dia turut meminta supaya semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan dijauhi daripada segala mudarat. Sinar

Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia



Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker