Calon BN Dun Kesidang hanya ‘gemuruh’, maklumkan faham ‘Bahasa Kebangsaan’

Sebaran :

PETALING JAYA: “Sebenarnya, saya faham (bahasa Melayu)”, demikian maklum balas Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying, terhadap dakwaan bahawa beliau tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan.

Menerusi satu rakaman pendek, calon BN berusia 29 tahun itu menjelaskan apa yang berlaku berdasarkan rakaman temu bualnya yang memaparkan beliau ‘terpinga-pinga’ dan tidak dapat menjawab soalan ketika ditemu bual oleh wartawan.

Wakil daripada parti MCA itu berkata, beliau boleh berbahasa Melayu, namun ketika kejadian terdapat sedikit masalah sehingga perkara berkenaan timbul.

“Semalam, terdapat satu video yang tular di media sosial cakap saya tidak faham bahasa Melayu. Sebenarnya, saya faham (bahasa Melayu) mungkin ada sedikit masalah sehingga timbul video seperti ini,” katanya menerusi satu video pendek.



Justeru, beliau meminta agar masyarakat di Kesidang, terutama pengundi tidak salah faham mengenainya dan terus memberi sokongan kepadanya.

PRN Melaka: Fakta menarik setakat ini

“Jadi saya berharap, masyarakat di Kesidang, terutama pengundi tidak salah faham mengenainya dan berikan sokongan kepada saya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial calon daripada itu yang tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan, berdasarkan video yang berdurasi 58 saat tersebut, Leong ditanyakan beberapa soalan dalam bahasa Melayu oleh pengamal media namun tidak dapat dijawab.

Beliau hanya menjawab “I will try my best (saya akan cuba yang terbaik),” ketika ditanya soalan bagaimana ingin bersaing dengan senior di dalam politik ini.



Leong bakal berdepan dengan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Patrick Ng Chin Kae dan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Calon BN Dun Kesidang hanya ‘gemuruh’, maklumkan faham ‘Bahasa Kebangsaan’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




“Lahabau Melaka, Jom Undi”, Teo minta maaf


Sebaran :

Leave a Reply