Akta Penyelarasan Pencen 1980 sedang dipinda – Menteri JPM

Kerajaan sedang dalam proses meminda Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238) bagi mengembalikan peruntukan undang-undang sebelum Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (Akta A1447).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata ia selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu, yang memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta A1447 adalah tidak sah dan terbatal.

“Kerajaan sedang dalam tindakan meminda Akta 238 berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.



Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Akta 238 susulan keputusan Mahkamah Persekutuan itu dan Akta 238 masih terpakai bagi tujuan penyelarasan pencen.

Mahkamah Persekutuan, sebelum ini memutuskan pindaan terhadap Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 kurang memberi manfaat kepada pesara perkhidmatan awam, justeru mengisytiharkannya sebagai terbatal dan tidak sah.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara turut memutuskan bahawa peruntukan berkenaan yang membenarkan kenaikan kadar rata sebanyak dua peratus setiap tahun, bercanggah Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan (perlindungan hak pencen) berbanding Akta Pelarasan Pencen 1980 sebelum ini.

Justeru, mahkamah menolak rayuan kerajaan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pindaan terbabit sebagai terbatal dan tidak sah.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker