‘Pocong’ bagi amaran jangan buang sampah dalam Sungai Segamat

Segamat: “Sungai Segamat dah bersih selepas bah. Jangan buang sampah lagi dalam sungai, pocong datang rumah nanti,” demikian amaran yang tertera pada kertas yang ditemukan bersama bungkusan putih di tepi Sungai Segamat berdekatan Kampung Lubok Batu di sini hari ini.

Objek itu ditemukan seorang kaki pancing, Mohd Sabaruddin Abd Majid, 52, yang melalui kawasan belukar di tebing sungai itu kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Katanya, pada awalnya dia terkejut ketika menemukan objek sepanjang kira-kira satu meter itu yang menyerupai bentuk jenazah dibalut kain kafan.

“Tetapi selepas didekati, terdapat sekeping kertas kotak di sisi objek itu yang tertera tulisan supaya tidak membuang sampah di Sungai Segamat.

“Mungkin ini cara yang digunakan pihak tertentu untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak lagi melakukan tabiat buruk membuang sampah ke dalam Sungai Segamat atau mungkin perbuatan budak-budak nakal,” katanya ketika ditemui.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=PO7blvGnmDU[/embedyt]

Katanya, dia kemudian memberanikan diri membuka bungkusan itu dan mendapati ia hanya diisi dengan kertas kotak.

Mohd Sabaruddin berkata, dia yakin pihak yang meletakkan objek itu berniat baik supaya tidak ada yang membuang sampah di sungai itu dengan menggunakan cara berunsur seram-HM

Sang bedal singgah masuk kampung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker