Polis tahan dua lelaki guna wang palsu

GEORGETOWN: Polis menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan 30 keping wang palsu RM100 berjumlah RM1,000 bagi membeli tambah nilai Touch ‘n Go, di sebuah kedai.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata pihaknya menerima aduan daripada Penolong Pengurus Stor kedai serbaneka 24 jam pada 8 Julai lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menggunakan enam keping wang kertas bagi membeli tiga kupon tambah nilai Touch ‘n Go.



“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek lelaki warga tempatan di kawasan Georgetown pada jam 11.30 malam hari yang sama.

“Siasatan lanjut mendapati suspek membeli sebanyak 30 keping wang palsu RM100 pada harga RM1,000 daripada seorang lelaki warga tempatan yang dikenali menerusi laman sosial Instagram,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Mengulas lanjut Soffian berkata, susulan itu serbuan dijalankan ke atas rumah suspek di Bukit Mertajam, di sini dan merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dan tujuh keping kupon tambah nilai Touch ‘n Go.

Katanya, bertindak atas maklumat kemudian, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki warga tempatan yang juga suspek kedua pada Selasa lalu.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana kesalahan menggunakan wang palsu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker