Marah anak disaman, bapa kejar polis guna kerambit

Marah anak disaman, bapa kejar polis guna kerambit

BANYUASIN: Seorang lelaki nekad mengejar anggota polis trafik sambil mengacukan parang dan kerambit selepas anaknya disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

Kejadian itu berlaku di Jalan Palembang-Betung di Banyuasin, Sumatera Selatan kelmarin.

Pada mulanya, anggota polis trafik, Angga Novriadi bertugas mengawal lalu lintas di lokasi kejadian.

Kemudian, dia menahan seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar, selain tidak mempunyai cukai jalan serta lesen.

Keadaan itu menyebabkan Angga mengeluarkan saman terhadap pemuda berkenaan.

Namun, tidak lama kemudian, datang sebuah kenderaan dengan tiga orang turun darinya dan menghampiri Angga.

Kumpulan itu memaklumkan seorang daripadanya merupakan bapa pemuda yang disaman sebentar tadi.

Tidak puas hati dengan penerangan yang diberikan polis, bapa pemuda berkenaan terus mengeluarkan parang dan kerambit untuk menyerang Angga.

Angga melarikan diri dan bersembunyi di dalam parit sehingga menyebabkan dia mengalami luka ringan.

Kumpulan lelaki itu kemudiannya ditahan polis serta didakwa cuba mencederakan anggota keselamatan dan jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga lima tahun. Utusan

Marah anak disaman, bapa kejar polis guna kerambit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker