Jika ada jual nama, persembah kepada saya – Tengku Hassanal

Jika ada jual nama, persembah kepada saya – Tengku Hassanal

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agensi penguatkuasaan supaya bertindak tegas dalam usaha memastikan alam sekitar, flora dan fauna negeri ini sentiasa terjaga.

Baginda turut mengingatkan kepada agensi penguatkuasaan agar tidak mengambil rasuah dan sentiasa menjaga integriti.



“Jalankan penguatkuasaan dengan bersungguh-sungguh. Saya ada bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan semua. Jangan risau. Jika ada yang jual nama, sembahkan kepada saya. Tiada yang kebal undang-undang. Yang salah tetap salah tidak kira kerabat, orang politik mahupun rakyat jelata,” titah baginda ketika berkenan menyempurnakan Istidat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini, semalam.

Baginda dalam titahnya turut menegaskan kepada semua ahli kerabat agar segala projek berbentuk usaha-usaha dengan kerabat negeri lain perlu mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu.

“Begitu juga kepada semua ahli politik, projek pembangunan perlu disembah maklum dan mohon perkenan daripada saya, setelah berbincang dengan orang tua saya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Dan kepada Kerajaan Persekutuan, semua isu dan projek pembangunan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri dan sudah tentu kerajaan negeri akan sembah maklum kepada saya untuk mendapat perkenan.

“Kepada Jabatan Alam Sekitar pula, saya mahu laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) disembah maklum kepada saya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Kesemua isu dan projek yang disembah maklum kepada saya, akan saya sembahkan ke sisi pengetahun Seri Paduka Ayahanda saya untuk mendapat perkenan,” titah baginda.



Titah baginda lagi, sebagai pewaris takhta negeri Pahang, baginda tidak berhasrat untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran namun mahu menjadi salah satu dari pihak berkepentingan yang menjadi penyemak dan pengimbang kepada pembangunan yang akan dilaksanakan.

“Saya mahu prosedur ini terus dilaksanakan walaupun saya menjadi Tengku Mahkota Pahang semula agar semua pembangunan yang dirancang memberi manfaat yang terbaik kepada rakyat dan alam sekitar kekal lestari,” titah baginda.

Dalam pada itu, seramai 104 individu menerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Ke-64 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mendahului senarai ialah Pengerusi FOMEMA Sdn. Bhd. Tengku Abu Bakar Ahmad Al-Marhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah yang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.



Turut menerima pingat sama, Jurulatih Eksekutif, Fasilitator dan Jurulatih Pengurusan, Datuk Indera Rizdwan Abdullah @ Chander Naidu, dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trinidad Holdings, Datuk Indera Omar Mohan Abdullah; Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Indera Zulkifli Yaacob.

Selain itu, anugerah yang sama turut dikurniakan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, diikuti Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Dr. Mohd. Nizom Sairi dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Tiga pengarah di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman iaitu Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd. Khalid Ismail; Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Datuk Aidi Ismail dan Pengarah Pengurusan, Datuk Azmi Abu Kassim turut menerima pingat yang sama.

Darjah kebesaran SSAP turut dianugerahkan kepada Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Suhaily Mohd. Zain. Utusan



Jika ada jual nama, persembah kepada saya – Tengku Hassanal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker