Muhyiddin umum berita gembira buat 3 negeri

Muhyiddin umum berita gembira buat 3 negeri. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan Perlis, Sarawak dan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini, susulan prestasi baik berdasarkan tiga nilai ambang.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambah baik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan.

“Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara, lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya.



“Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat,” katanya dalam catatan di Facebook.

Awal Jun lalu, Labuan menghadapi krisis kesihatan dengan lonjakan kes Covid-19 dan 68 kematian hanya dalam tempoh beberapa hari.

Tetapi, usaha kerajaan mempercepatkan vaksinasi sejak pertengahan Jun lalu menyaksikan Labuan menjadi antara Wilayah Persekutuan dan negeri yang mencapai imuniti kelompok dengan 80% orang dewasa divaksin sepenuhnya setakat 27 Julai lalu.

Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah akan kekal di bawah Fasa 2, manakala Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Johor masih di Fasa 1.



Peralihan negeri ke setiap fasa dalam PPN ditentukan berdasarkan tiga indikator nilai ambang, iaitu kes harian Covid-19, peningkatan kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan liputan vaksinasi untuk populasi sesebuah negeri.

Muhyiddin berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya petang ini turut membincangkan kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi dan individu lengkap dua dos vaksin.

Katanya, perkara berkenaan perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar serta berkesan.

“Insya Allah kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan juga membantu sektor ekonomi kita dengan mengambil kira keselamatan rakyat.”



Beliau berkata, strategi kerajaan ketika ini adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk dewasa bagi memastikan pemulihan negara berjalan lancar.

“Lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial boleh dibuka dengan selamat.”

Muhyiddin umum berita gembira buat 3 negeri


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Polis ugut tahan saya, kata pengerusi PAC

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker