Olimpik Tokyo: Chen Long gigit jari, Axelsen pulang dengan emas

Olimpik Tokyo: Chen Long gigit jari, Axelsen pulang dengan emas.

JAGUH perseorangan lelaki Denmark, Viktor Axelsen memastikan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi miliknya selepas menewaskan juara bertahan dari China, Chen Long sebentar tadi.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza itu, Axelsen mendominasi sepenuhnya permainan apabila menang straight set 21-15, 21-12.



Kemenangan itu sekali gus memastikan pemain No.2 dunia tersebut menebus kekecewaan lima tahun lalu apabila sekadar meraih gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Meskipun gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Rio, namun Chen Long dilihat tenang selain mengucapkan tahniah kepada Axelsen sebaik sahaja perlawanan berakhir.

Sebagai rekod, Axelsen kini boleh dianggap sebaris dengan legenda badminton dunia apabila sudah memiliki pingat emas Sukan Olimpik, Piala Thomas serta Kejuaraan Dunia

Olimpik Tokyo: Chen Long gigit jari, Axelsen pulang dengan emas




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Juara Olimpik 100m, Perbaiki Hubungan Dengan Bapa Faktor Kemenangan Jacobs



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker