Fenomena Halo Matahari Dilihat Di Negeri Sembilan, Selangor, Melaka [VIDEO]

Fenomena Halo Matahari dilihat di Negeri Sembilan, Selangor, Melaka

Beberapa kawasan di Malaysia mengalami fenomena Halo iaitu lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, kejadian Halo yang terjadi hari ini kelihatan di beberapa tempat seperti di Port Dickson di Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.

“Fenomena Halo ialah salah satu fenomena optik dalam bentuk cincin atau gelang seakan-akan pelangi yang dihasilkan melalui biasan dan pantulan cahaya matahari atau bulan oleh kristal ais dari awan cirrostratus yang tinggi.

Tinjauan di laman sosial mendapati ramai yang berkongsi rakaman fenomena itu yang dapat dilihat di tempat mereka seperti di beberapa kawasan di negeri Melaka serta di Segamat Johor.

VIDEO DIBAWAH:-

“Kekerapan kejadian ini berlaku bergantung kepada kehadiran ais kristal dalam atmosfera,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Helmi berkata, Halo kecil muncul sebagai cincin bercahaya atau kebanyakannya putih dengan radius 22 darjah dengan sumber cahaya (matahari atau bulan) di tengahnya.

“Ia menunjukkan pinggiran merah di bahagian dalam dan dalam beberapa kes yang jarang berlaku, pinggiran ungu di bahagian luar.

“Langit dalam cincin kelihatan lebih gelap daripada langit yang lain,” katanya.

Menurutnya, fenomena Halo sentiasa mempunyai radius 22 darjah tanpa mengira kedudukannya di langit.

“Kadang-kadang, ia bergantung pada jumlah awan cirrostratus di mana hanya sebahagian daripada lingkaran lengkap yang dapat dilihat,” katanya.

Fenomena Halo Matahari dilihat di Negeri Sembilan, Selangor, Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Fenomena halo matahari di Singapura undang teruja orang ramai termasuk Perdana Menteri Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker