Rumah Hamzah di Damansara diserbu LHDN

Menurut sumber beberapa dokumen dirampas dari rumah pemimpin pembangkang itu.

Rumah Hamzah di Damansara diserbu LHDN

Rumah Hamzah di Damansara diserbu LHDN
Seorang pemimpin Bersatu mendakwa serbuan di rumah Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin bertujuan mencemarkan imej parti.

PETALING JAYA: Rumah Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur diserbu dan digeledah pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam, menurut sumber Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu FMT, serbuan di rumah setiausaha agung Bersatu itu dilakukan malam semalam.

“Ya, rumah Hamzah diserbu. Kami tidak tahu alasan di sebalik serbuan tersebut.

“Beberapa dokumen juga dirampas,” kata sumber.

Sementara itu, sumber Bersatu mendakwa serbuan di rumah setiausaha agung PN itu gagal menimbulkan persepsi negatif terhadap Hamzah.

“Serbuan ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik kami dan mencipta persepsi terhadap kami,” kata satu lagi sumber.

Pada Februari lalu Hamzah menuduh kerajaan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat politik selepas agensi itu membekukan akaun Bersatu.

Bekas menteri dalam negeri kemudiannya menafikan terbabit dengan kes rasuah berjumlah RM15 juta selepas namanya terdapat dalam kertas pertuduhan terhadap ahli perniagaan Sim Choo Thiam.

Sim didakwa pada Mei lalu atas tuduhan meminta RM15 juta dari seorang ahli perniagaan Hep Kim Hong, pada Jun 2021.

Pendakwaraya berkata wang itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd untuk mendapatkan projek dari kementeriannya.

Sim juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri. Dia mengaku tak bersalah atas empat tuduhan tersebut.

Hamzah berkata, pertuduhan yang mengaitkannya sengaja dibuat untuk mencemar namanya sebagai bekas menteri di kementerian itu.

Rumah Hamzah di Damansara diserbu LHDN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker