Selepas 91 tahun mati baru dibuktikan tidak bersalah

KERATAN akhbar New York Daily News pada 1930 menunjukkan Alexander McClay Williams sebelum disabitkan kesalahan membunuh wanita kulit putih. – AGENSI

NEW YORK: Seorang remaja kulit hitam yang menjalani hukuman mati pada 1931 kerana disabit kesalahan membunuh wanita kulit putih dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Pennsylvania, selepas beberapa dekad diperjuangkan adiknya.

Alexander McClay Williams yang berusia 16 tahun ketika menjalani hukuman itu disabit kesalahan oleh juri hanya dalam tempoh empat jam dan kekal menjadi individu termuda dikenakan hukuman mati.

Namun, selepas 91 tahun, hakim membatalkan pertuduhan tersebut dan mengisytiharkan Williams tidak bersalah.

“Saya amat gembira kerana itulah keputusan yang sepatutnya diterima sejak awal lagi.

“Kami hanya mahu keputusan ini diubah kerana kami tahu Williams tidak bersalah dan kamu mahu semua orang tahu tentang ini,” kata Susie Williams-Carter, iaitu adik perempuan Williams.

Pada 3 Oktober 1930, bekas suami Vida Roabre, seorang matron kulit putih di Sekolah Kanak-Kanak Lelaki Glen Mills menemukan mayat wanita tersebut.

Berdasarkan kes, mangsa dibunuh kejam di rumahnya di sekolah tersebut yang juga dijadikan sebagai pusat tahanan pesawah juvana.

Williams yang menjalani tahanan di pusat terbabit, dituduh melakukan jenayah tersebut.

Remaja itu disoal siasat sebanyak lima kali tanpa kehadiran peguam atau penjaga dan menandatangani tiga pengakuan, walaupun tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadapnya. – AFP

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker