Siapa Aniaya Najib?

Oleh Nurul Aishah

FAKTA penting yang kita perlu ingat bahawa 1MDB ini adalah di bawah kawalan menteri kewangan yang dilantik Muhyiddin. Pilihan Raya Negeri Johor akan berlangsung pada 12 Mac 2022. Muhyiddin sedar yang parti PPBM berada dalam keadaan “nazak”, oleh itu beliau sedang berusaha menyelamatkan parti yang ditubuhkan untuk menghancurkan UMNO itu.

Serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai dendam peribadi Muhyiddin terhadap ahli Parlimen Pekan itu. Segalanya sangat tidak masuk akal.



1MDB yang dikawal oleh Menteri Kewangan bertindak membuat perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membekukan aset Najib Razak atau ejennya berkaitan tuntutan syarikat itu terhadap AS$681 juta atau RM 2.6 bilion.

Menerusi hantaran di Facebook, Najib berkata dirinya tidak mempunyai aset berjumlah AS$681 juta.

“Entah kenapa 1MDB fikir saya ada RM2.6 bilion (AS$681 juta) untuk bayar pampasan. Saya tak ada wang untuk bayar tuntutan cukai RM1.7 bilion LHDN, dia ingat saya ada wang untuk bayar RM2.6 bilion?

“Yang dimohon oleh saman 1MDB ialah saya tidak boleh memindahkan aset sehingga AS$681 juta. Sebab itu, mereka nak hadkan pengeluaran dari akaun bank saya termasuk akaun pencen saya ke RM100k sebulan,” katanya.



Selasa lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam perintahnya hanya membenarkan Najib mengeluarkan tidak lebih RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk perbelanjaan.

Berikut penjelasan penuh Najib.

Sudah musim PRN.



Firma guaman Messrs Rosli Dahlan Saravana iaitu firma milik peguam peribadi PM8 (Muhyiddin Yassin) dilantik untuk menjadi guaman 1MDB pada tahun lalu.

1MDB ini adalah di bawah kawalan menteri kewangan yang dilantik PM8.

1MDB keluarkan saman sivil (bukan jenayah) terhadap saya tahun lepas untuk menuntut ganti rugi sebanyak AS$681 juta.

AS$681 juta ini adalah jumlah yang terkenal sebagai RM2.6b yang pernah masuk akaun atas nama saya.



Di dalam kes jenayah berhubung 1MDB, saya telah didakwa sembilan tuduhan atas akta AMLA sebab RM2.6b ini pernah masuk akaun saya dan saya juga didakwaenam tuduhan sebab RM2.6b ini telah dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima.

Walaupun dana dikembalikan sepenuhnya, 1MDB masih mahu saman saya.

Saman sivil ini adalah berdasarkan afidavit seorang pegawai 1MDB sahaja dan sebab ianya saman sivil, ianya tidak melibatkan hukuman penjara tetapi tuntutan ganti rugi sahaja.

Saman sivil berdasarkan afidavit sahaja juga pernah digunakan atas saya oleh kerajaan dalam kes lucut hak dana dan harta di mana kerajaan kalah kedua-dua kes tersebut.



Entah kenapa 1MDB fikir saya ada RM2.6b untuk bayar pampasan. Saya tak ada wang untuk bayar tuntutan cukai RM1.7b LHDN, dia ingat saya ada wang untuk bayar RM2.6b?

Saya tiada aset berjumlah AS$681 juta. Yang dimohon oleh saman 1MDB ialah saya tidak boleh memindahkan aset sehingga US$681 juta. Sebab itu, mereka nak hadkan pengeluaran dari akaun bank saya termasuk akaun pencen saya ke RM100k sebulan.

Amat jelas bahawa kes saman sivil 1MDB di bawah Menteri Kewangan (yang dilantik PM8) yang melantik firma guaman dimiliki peguam peribadi PM8 ialah untuk membina persepsi bahawa saya ada aset bernilai sehingga AS681 juta untuk dibeku.



setelah bertahun-tahun menyiasat, kerajaan amat jelas berapa nilai aset yang saya ada.

Paling menarik ialah semasa 1MDB memohon mahkamah hadkan pengeluaran wang dari akaun saya, syarikat itu telah memberi jaminan (undertaking) kepada pesuruhjaya kehakiman bahawa mereka akan membayar sebarang ganti-rugi kepada saya sekiranya syarikat itu kalah saman sivil ini.

Ini adalah satu bentuk jaminan kerajaan. Adakah jaminan kerajaan ini telah diluluskan kabinet?

Itu luahan dari Datuk Seri Najib.

Sekarang rakyat melihat bagaimana Muhyiddin seorang yang sangat jahat dan sanggup menganiaya Datuk Seri Najib tanpa rasa takut pada dosa walau sedikit pun.

Lupakah Muhyiddin dan Mahathir bagaimana kesan sumpah mubahalah @laknat yang dibuat oleh Datuk Seri Najib. Penganiayaan terhadap insan yang tidak berdosa ini apabila dilafazkan sumpah laknat, negara terkena tempiasnya. Tidak cukupkah bala yang sedang menimpa negara ketika ini? Tidak cukupkah kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh rakyat angkara kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan Perikatan Nasional? Bertaubatlah Muhyiddin dan Mahathir.

Related Articles

One Comment

  1. Sumpah laknat DSN timpa atas negara dan rakyat saja. Mereka yang buat pitnah tidak kena apa-apa. Dr Mahathir ada wang untuk jaga kasihatan dia; kalau dia seorang kampong sudah lama mati. Mahyudin pun sama banyak wang.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker