Pfizer mohon kanak-kanak 5-11 tahun divaksin

OTTAWA: Syarikat farmaseutikal, Pfizer-BioNTech mengemukakan permohonan kepada Health Canada untuk mendapatkan kebenaran penggunaan vaksin Covid-19 terhadap golongan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

“Ini merupakan permohonan pertama diterima oleh Health Canada bagi penggunaan vaksin Covid-19 terhadap golongan usia yang lebih muda,” jelas kenyataan yang dimaklumkan oleh syarikat dan kerajaan Kanada menerusi kenyataan.

Permohonan kebenaran itu berdasarkan data ujian klinikal membabitkan 2,268 kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut dengan dos dikurangkan menjadi 10 mikrogram bagi setiap suntikan.

Jumlah dos diperuntukkan bagi kanak-kanak adalah tiga kali lebih rendah berbanding dos standard.

Menurut syarikat berkenaan, jumlah itu merupakan dos pilihan bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Vaksin Pfizer-BioNTech yang sama juga diluluskan bagi golongan berusia 12 tahun ke atas di Kanada.

Sementara itu, Health Canada memaklumkan pihaknya hanya akan memberi kebenaran penggunaan vaksin Covid-19 sekiranya semua data kajian saintifik yang dikemukakan mengesahkan manfaat mengatasi risiko bagi golongan tersebut.

Kerajaan Kanada juga menyatakan syarikat pengeluar vaksin lain sedang menguji keberkesanan vaksin dibangunkan mereka terhadap kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza.

Awal bulan ini, makmal Pfizer dan BioNTech membuat permohonan yang sama bagi golongan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Amerika Syarikat (AS).

Banyak negara memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan remaja dari umur 12 tahun ke atas, namun hanya sebilangan kecil negara yang vaksinasi di bawah usia itu. – AFP

Pfizer mohon kanak-kanak 5-11 tahun divaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penan takut vaksin, lari masuk hutan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker