Khairy tidak bertanding tetapi akan bersama PN

Khairy tidak bertanding tetapi akan bersama PN

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan tidak akan menyertai Bersatu buat sementara waktu dan juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya di enam negeri.

Sinchew Daily melaporkan, Khairy bagaimanapun akan memberi sokongan kepada PN, termasuk membantu pakatan politik itu berkempen dalam pilihan raya enam negeri yang bakal diadakan.

Menurut sumber, Khairy telah menyatakan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hasratnya untuk tidak menyertai mana-mana parti politik buat sementara waktu.

“Khairy tidak akan menyertai Bersatu dan tidak akan bertanding menggunakan panji PN kerana PN tidak membenarkan penamaan calon langsung.

“Khairy menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Selagi Ahmad Zahid ada, Khairy akan menyokong PN,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, PN dilaporkan mahu menjadikan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai “poster boy” perikatan politik itu di Selangor.

Bagaimanapun, Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berpendapat bahawa Mohamed Azmin bukan satu-satunya calon dari PN yang layak untuk jawatan Menteri Besar Selangor. MG

Khairy tidak bertanding tetapi akan bersama PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker