Tiada PKP di Sarawak


Tiada PKP di Sarawak. Sarawak tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara ‘circuit breaker’ atau pemutus rantaian yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), berkata ia hasil keputusan dicapai pada mesyuarat hari ini PKPB circuit breaker dilaksanakan di seluruh Sarawak sejak 7 Mei lalu hingga 17 Mei ini.

“JPBN Sarawak memutuskan untuk memperketatkan syarat prosedur operasi standard (SOP). SOP itu menetapkan restoran, kedai makan, bistro, kafe, gerai makanan dan minuman tidak dibenarkan beroperasi secara ‘dine in’.

“Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran saja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arahan berkenaan berkuatkuasa mulai esok dan garis panduan PKPB terperinci akan diumumkan dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak.

Sementara itu, Majlis Islam Sarawak (MIS) mengeluarkan garis panduan sambutan Aidilfitri yang membenarkan hanya sehari aktiviti ziarah raya dalam kalangan ahli keluarga terdekat saja.

Takbir Aidilfitri dibenarkan di masjid dan surau mulai selepas solat Maghrib 1 Syawal (malam) dan tidak melebihi jam 10 malam serta selepas solat Subuh 1 Syawal (pagi) sehingga bermula solat sunat Aidilfitri.

Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid dan surau dengan bilangan jemaah berdasarkan had kapasiti ruang keluasan masjid atau surau dengan penjarakan fizikal satu meter.

Jemaah perlu menggunakan pelitup muka sepanjang masa serta menjalani pengimbasan suhu badan, selain wajib mendaftar kehadiran melalui aplikasi Mysejahtera atau buku rekod sebelum masuk ke dalam masjid atau surau.

Mereka juga perlu membawa sejadah sendiri, berwuduk di rumah dan tidak bersesak-sesak memasuki dan keluar masjid atau surau serta tidak bersalaman. BH

Tiada PKP di Sarawak


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Runner Wanita Kapit Kini Terlantar Akibat COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker