Palestin akan menang



Sebaran :

Rakyat Palestin berhak pertahan tanah, tempat suci mereka

Palestin akan menang. Negara haram Israel melakukan jenayah perang terancang di tempat suci umat Islam ketika mana penduduk Palestin tidak bersenjata di Baitulmaqdis.

Ketua Bahagian Media Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Luar Negara, Rafat Morra berkata, negara penjajah Israel sengaja melepaskan bom tangan dan peluru logam bersalut getah ke arah jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan itu kejam kerana sangat membahayakan nyawa mereka.

Justeru, Hamas menegaskan, rakyat Palestin berhak mempertahankan tanah dan tempat suci mereka daripada kekejaman rejim pengganas Israel dan penduduk haram Yahudi.

Sementara itu, pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh berkata, hubungan antara Gaza dan Baitulmaqdis adalah stabil dan tidak berubah.

“Palestin akan menang pada akhirnya,” katanya.

Setakat ini, 22 penduduk Palestin terbunuh, manakala 106 lagi dilaporkan cedera dalam serangan udara di wilayah Gaza, termasuk beberapa daripadanya sedang kritikal.

Serangan kejam itu dilancarkan rejim penjajah Israel selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menuntut negara penjajah terbabit menarik tentera mereka dari perkarangan Masjid Al-Aqsa dan daerah Baitulmaqdis Timur, Sheikh Jarrah. -Agensi

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Anak ‘celaka’ tikam ibu sedang solat tarawih


Sebaran :


Leave a Reply