Rumah di Johor mula ‘diborong’ rakyat Singapura

Rumah di Johor mula ‘diborong’ rakyat Singapura

Rakyat Singapura mula mengintai hartanah di Johor selepas kerajaan mereka menjadikan proses untuk memiliki hartanah di sana lebih sukar dengan meningkatkan duti setem pembeli.

Dalam laporan The Straits Times, rakyat dari seberang merekodkan 40 peratus pembelian untuk kondominium Princess Cove di Johor Baru selepas republik itu menaikkan duti setem pembeli April lalu.



“Harga hartanah akan jadi lebih tinggi apabila projek Sistem Transit Rapid (RTS) disiapkan,” kata timbalan pengurus besar pemaju hartanah R&F yang berpangkalan di China, Xu Jie yang turut menambah bahawa selain Singapura, terdapat pembeli lain dari Malaysia, China dan Taiwan.

Menurut Straits Times, jualan hartanah di Johor, terutamanya antara April dan September, merekodkan angka lima kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jumlah itu meningkat dengan mendadak selepas sempadan antara kedua-dua negara, yang ditutup semasa pandemik Covid-19 dibuka semula.

Xu menyifatkan pembinaan RTS sebagai faktor utama rakyat Singapura membeli hartanah di Johor.



Satu lagi projek pembangunan utama di Johor Baru yang dikenali sebagai MBW City, dikatakan berjarak tujuh minit dari stesen RTS, turut disasarkan pembeli warga negara jiran.

The Straits Times memetik Datuk Jacky Ker, pengarah eksekutif agensi hartanah Premier Plus, berkata terdapat banyak pertanyaan mengenai projek 540 unit itu dengan 1,000 lagi dalam senarai menunggu.

Selain itu, ketua jabatan penyelidikan dan perkhidmatan pelaburan di KGV International Property Consultants di Johor Baru, Tan Wee Tiam, menjangkakan lonjakan permintaan yang tinggi untuk hartanah kediaman dan komersial di Johor sebaik sahaja RTS disiapkan.

Tetapi beliau memberi peringatan kepada pihak bertanggungjawab untuk lebih berhati-hati dalam meluluskan projek pembangunan baharu.



“Masalah akan timbul apabila semua pemaju tergesa-gesa masuk dan melalukan pembangunan.

“Itulah yang berlaku pada tahun terakhir 2012 hingga 2014 apabila setiap pemaju membina kondominium bertingkat tinggi atau servis pangsapuri,” katanya.

Untuk rekod, RTS dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di antara Johor Baru dan Singapura. Jika projek ini disiapkan, lebih 10,000 penumpang setiap jam akan bergerak dari dua negara ini. Vc

Rumah di Johor mula ‘diborong’ rakyat Singapura



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?



Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah



Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker