UMNO tak pernah kafirkan Pas masa mereka kerjasama dengan DAP

UMNO tak pernah kafirkan Pas masa mereka kerjasama dengan DAP

UMNO tidak pernah melontarkan tuduhan kafir kepada pemimpin Pas dan Bersatu ketika kedua-dua parti itu bekerjasama dengan DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana kerjasama dengan DAP tidak melibatkan sebarang perubahan akidah.



“Saya ingin maklumkan Pas pernah bersama DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. Bersatu pernah dengan DAP. Presiden Pas pernah sebut undi calon DAP, Presiden Bersatu juga pernah sebut undi calon DAP.

“Kami tak pernah mengkafirkan mereka. Ia tiada kaitan dengan akidah pun. Apabila DAP telah menandatangai apa yang dipanggil sebagai Deklarasi Malaysia Baru pada 2019 mereka mengakui empat perkara Islam, Melayu, Raja, Bahasa (ini) boleh dirujuk dalam laman web mereka.

“Ini menunjukan bahawa tidak ada perkara yang ada kaitan dengan akidah dan sebagainya,” kata Ahmad.

Beliau mengulas mengenai hantaran seorang individi di media sosial yang menuduh dirinya sebagai kafir selepas media melaporkan beliau meminta ahli UMNO mengundi DAP.



Ahmad menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau berbanding pelbagai kejian yang diterima sebelum ini.

Tambah Timbalan Menteri Kewangan itu, laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak mengenai hantaran berkenaan hari ini bukan atas arahannya.

“Saya sebenarnya telah banyak kali dikecam sebelum ini oleh media sosial tapi tak pernah membuat laporan polis. Tapi kali ini tak meminta sesiapa buat laporan polis bagaimanapun atas kehendak mereka buat laporan polis.

“Oleh kerana terlampau sangat dilakukan mengubah muka saya menjadi khinzir dan menulis perkataan kafir di atas wajah itu.



“Hanya kerana saya membuat satu kenyataan hasil daripada pertanyaan media pada hari Jumaat lepas,” kata Ahmad.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen selepas majlis menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali Mengenai Cukai Atas Pendapatan Pencegahan Pelarian dan Pengelakan Cukai dengan Timbalan Menteri Kewangan Maldives.

Ahmad menjangka polis akan menyiasat dan laporan terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah dibuat untuk menyiasat pengendali sebenar Facebook terbabit.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, Facebook yang menggunakan akaun bernama Kamarul Aripin Lamin menggelarkan Ahmad sebagai kafir dan murtad.



Kamarul Aripin Lamin membuat hantaran itu selepas Ahmad dilaporkan meminta ahli UMNO supaya mengundi calon-calon Kerajaan Perpaduan termasuk dari DAP pada pilihan raya di enam negeri nanti. MG

UMNO tak pernah kafirkan Pas masa mereka kerjasama dengan DAP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik



3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker