Anggota polis maut, kereta terputus dua

Anggota polis maut, kereta terputus
dua

KUCHING: Seorang anggota polis maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Kuching-Serian, hari ini.

Konstabel Mohd Shamezad Mohd Salehuddin, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis, berkata siasatan awal mendapati ketika nahas jam 6.35 pagi itu, kereta dipandu mangsa dari arah kuching menuju ke Serian, dikatakan tiba-tiba hilang kawalan.

Beliau berkata, kereta itu kemudian merempuh besi pembahagi jalan sebelum melanggar konkrit di hujung jambatan Sungai Samarahan.

“Akibat kejadian ini, kereta terbabit terputus dua dan mangsa tercampak keluar ke tepi jalan di atas jambatan.

“Kejadian berlaku ketika hujan yang menyebabkan jalan basah serta licin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aswandy berkata, jenazah mangsa yang bertugas di Balai Polis Serian itu dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH

Anggota polis maut, kereta terputus dua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker