Wanita hamil tujuh bulan maut ditolak suami dari tebing tinggi

HAKAN Aysal dipenjara seumur hidup selepas disabit kesalahan membunuh isterinya dengan menolak wanita itu dari tebing tinggi di selatan Turkiye pada 2018. – AGENSI

ANKARA: Rancangan jahat seorang suami yang membunuh isterinya dengan menolak wanita itu dari tebing tinggi bagi mendapatkan duit insurans nyawa bernilai AS$40,000 (RM188,898) tidak kesampaian apabila dia dihukum penjara seumur hidup.

Mahkamah Tinggi Fethiye di selatan Turkiye kelmarin memutuskan, Hakan Aysal, 40, perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun sebelum dipertimbangkan untuk dibebaskan.

Mahkamah itu sebelum ini mendakwa Hakan menolak isterinya, Semra yang ketika itu sarat hamil tujuh bulan dari tepi tebing setinggi 304 meter di Butterfly Valley pada Jun 2018.

Sebelum melakukan jenayah itu, Hakan mengajak isterinya yang takutkan ketinggian ke hujung tebing dan berpura-pura mengambil swafoto sebelum menolaknya ke bawah.

Polis mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kes kematian Semra selepas Hakan cuba menuntut polisi insurans isterinya, beberapa hari selepas wanita itu terbunuh dan menahan lelaki tersebut bagi membantu siasatan.

Hakan pada mulanya menafikan pendakwaan tersebut dan cuba mengelak tindakan undang-undang dengan menyatakan dia mengalami masalah mental.

Namun, usahanya gagal apabila pakar kesihatan mengesahkan lelaki itu waras ketika membunuh isterinya.

Seorang saksi yang merupakan pemandu teksi menceritakan, selepas menolak isterinya, Hakan menahan teksinya untuk memaklumkan isterinya terjatuh dari tebing.

Namun, lelaki itu tidak menyertai pasukan keselamatan dan penduduk setempat mencari mayat isterinya.

Seorang lagi saksi memberitahu, mereka merakam video pemandangan skeitar tebing itu dan ternampak Hakan ‘menarik’ Semra ke hujung tebing.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker