Doktor tak sengaja ‘merosakkan’ kemaluan, budak lelaki terpaksa membesar sebagai seorang gadis

Reimer bertukar menjadi wanita selepas dia menukar jantina tanpa kerelaannya. – Foto Daily Star

Seorang budak lelaki terpaksa menjalani pertukaran jantina tanpa persetujuan dan membesar sebagai perempuan selepas doktor secara tidak sengaja merosakkan kemaluannya semasa prosedur berkhatan, lapor portal berita Daily Star semalam.

David Reimer yang dilahirkan sebagai Bruce, dipaksa untuk membesar sebagai seorang gadis oleh ibu bapanya di bawah penyeliaan seorang ahli psikologi .

Pada tahun 1960-an, perkembangan perubatan dalam membentuk semula kemaluan lelaki tidak begitu maju berbanding kemaluan perempuan.

Seorang pakar hubungan seksual, John Money berjaya meyakinkan ibu bapa Reimer bahawa anak mereka akan paling bahagia hidup sebagai wanita dengan alat ‘kelamin’ yang berfungsi tetapi pengkritik-pengkritik berkata, Money tidak beretika kerana menggunakan budak itu sebagai bahan kajian hipotesisnya.

Reimer mempunyai zaman kanak-kanak yang tidak bahagia. Ketika dia berusia 14 tahun, ibu bapanya memberitahunya tentang pertukaran jantina tersebut.

Tidak lama kemudian, dia menjalani pembedahan bagi mengukuhkan lagi jantinanya sebagai wanita dan menjalani kehidupan seperti bekerja di rumah penyembelihan sebelum melakukan beberapa pekerjaan ganjil.

Dia akhirnya berkahwin dengan seorang wanita bernama Jane pada tahun 1990. Dia mengambil tiga anak Jane sebagai anak angkatnya.

Di sebalik percubaan Reimer untuk menjalani kehidupan normal, hubungan yang sukar dengan ibu bapanya kerana keputusan mereka, pengangguran jangka panjang dan kematian saudara kandungnya menjadikan kehidupan Reimer penuh konflik.

Pada pagi 4 Mei 2004, dia memandu ke tempat letak kereta di sebuah kedai runcit  di Winnipeg, Kanada, dan secara tragis menembak kepalanya sendiri dengan senapang patah ketika itu berumur 38 tahun. – Agensi

 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker