Belanjawan 2023: UMNO nasihat kerajaan beri bantuan ekonomi secara menyeluruh

Umno menyarankan agar kerajaan mengumumkan pakej-pakej bantuan ekonomi kepada golongan yang terkesan secara menyeluruh dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata saranan itu dibuat kerana bayaran tambahan Bantuan Keluarga Malaysia yang sedia ada – iaitu RM50 dan RM100 – tidak mencukupi.

“Sebagai contoh, kerajaan perlu memberi fokus kepada anak-anak golongan kurang berkemampuan, sama ada di sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi.

“Lebih elok sejumlah wang Bantuan Sara Hidup kepada mahasiswa dan pelajar sekolah rendah dan menengah dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran mereka tidak terkesan dengan kenaikan kos sara hidup hasil daripada kenaikan kadar dasar semalaman (OPR),” katanya.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian untuk merujuk kepada keputusan Bank Negara Malaysia yang telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus baru-baru ini.

Tambah Zahid, Belanjawan 2023 memerlukan perhatian dan pendekatan khusus kerajaan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam ketidaktentuan ekonomi semasa, dan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar.

“Bantuan kewangan harus disandarkan kepada paras kemiskinan baru dan memfokuskan anak-anak Malaysia yang di sekolah rendah, menengah dan IPT, berdasarkan data yang terkini.

“Mekanisme pelaksanaan pula perlulah lebih efisien dan sampai hingga ke akar masyarakat yang sangat memerlukannya,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker