Bersatu nafi dakwaan tidak mahu sertai kebinet

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menyangkal dakwaan parti itu sedang menimbang untuk tidak menyertai kerajaan baru pimpinan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob.

Ismail dijadual mengangkat sumpah hari ini selepas mendapat sokongan 114 ahli parlimen, termasuk semua wakil rakyat daripada Bersatu.

Wan Saiful menyifatkan dakwaan itu sebagai “palsu” dan “berniat jahat mahu memecahkan Bersatu”.

Dia mengulas laporan memetik sumber yang mendakwa cadangan itu diajukan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu baru-baru ini.

Menurut laporan itu, cadangan itu dibuat untuk menjarakkan parti itu dengan kumpulan “kleptokrat”.

Dalam pada itu, ahli MPT Bersatu Muhammad Faiz Na’aman berkata, pimpinan parti tidak pernah dimaklumkan dengan cadangan seumpama itu.

“Perkara seumpama itu tidak pernah dibincangkan,” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, Muhyiddin juga tidak hadir ketika mesyuarat terakhir MPT.

Faiz berkata, tidak logik untuk Bersatu tidak menyertai kabinet baru selepas memberi sokongan kepada Ismail Sabri.

Muhyiddin meletakkan jawatan setelah hilang sokongan majoriti apabila 15 ahli parlimen Umno, termasuk beberapa yang berdepan dakwaan rasuah, menarik balik sokongan mereka.

Bagaimanapun, 14 daripada 15 ahli parlimen tersebut telah kembali menyokong PN setelah dipersetujui Ismail akan menggantikan Muhyiddin.

Muhyiddin juga meletakkan syarat sokongan PN kepada Ismail iaitu dia tidak boleh melantik individu yang berdepan pertuduhan jenayah ke dalam kabinetnya.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker