Serbuan menemui bahan ‘nuklear’ di rumah

Pita amaran menyatakan kepungan kawasan tercemar diletakkan di sekeliling blok pangsapuri yang diserbu Pasukan Sempadan Australia (ABF) di Sydney, Australia. – foto AFP

Polis sempadan Australia menyerbu sebuah kediaman di pangsapuri di selatan Sydney dan menemui bahan nuklear dikenali sebagai ‘isotop nuklear’.

Rumah yang terletak di pinggir bandar Arncliffe itu diserbu awal pagi tadi dan kini dikepung dengan pita amaran bahaya toksik nuklear atau biologi di dalamnya.

“ABF boleh mengesahkan ia menjalankan operasi hari ini di Arncliffe, New South Wales dengan sokongan perkhidmatan kecemasan.

“Semua langkah keselamatan yang sewajarnya sedang dilaksanakan dan orang ramai di sekitar lokasi digesa untuk mengikuti semua arahan daripada perkhidmatan kecemasan,” menurut jurucakap ABF dalam satu kenyataan.



Penduduk, Nemr Khamis, 60, berkata beliau mendengar bunyi trak yang kuat berhampiran kediamannya dan melihat ambulans serta pasukan bomba.

“Saya keluar dan melihat, kemudian masuk semula dan tidak lama selepas itu polis menyuruh saya masuk ke dalam,” katanya.

Agensi Perlindungan Sinaran dan Keselamatan Nuklear Australia (ARPANSA) juga enggan mengesahkan kehadiran bahan nuklear.

“ARPANSA akan terus menyokong agensi negeri dan persekutuan yang berkaitan dalam pengurusan dan penyelesaian dalam kes ini secara berterusan,” kata seorang jurucakap. – AFP



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam



Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff



Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker