Mahasiswa adu isu konsert di Universiti, PM mahu KPT beri kelonggaran

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Rabu ini berhubung langkah memberi kelonggaran bagi penganjuran konsert di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Konsert boleh diadakan tetapi kita kawal sedikit. Saya tidak beri kelonggaran untuk anak muda rosak akhlaknya… Jaga akhlak itu yang paling penting… Kemungkinan kerajaan akan longgarkan sedikit iaitu adakan program seperti kebudayaan namun ia diadakan secara kecil dan terkawal,” katanya dalam program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok, semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan seorang mahasiswa mengenai penganjuran konsert di sebuah universiti awam baru-baru ini sehingga menimbulkan isu selepas tular video berdurasi 37 saat di laman sosial yang memaparkan suasana tempat duduk lelaki dan wanita tanpa pengasingan.



Bagi Khairul Anwar Kamal Apandi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Kesejahteraan UMK Kampus Kota, penganjuran konsert di IPTA perlu diteliti sebaik mungkin supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di universiti.

“Konsert di universiti sebenarnya bagus untuk pelajar hilangkan tekanan tetapi perlu dipantau dan dilihat dari segi jenis konsert yang diadakan… Janganlah keterlaluan, melampaui batas dan melanggar hukum agama,” katanya.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Kewangan UMK Kampus Kota Norsyafikah Suardi pula berkata penganjuran konsert di universiti perlu dipantau oleh pihak pengurusan tertinggi terlebih dahulu.

“Sebelum mengadakan konsert atau program, pelajar akan merujuk terlebih dahulu kepada pihak pengurusan tertinggi universiti, sekiranya tidak sesuai maka acara tersebut tidak dibenarkan,” katanya.



– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara



Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker