Fat Leonard akhirnya berjaya diberkas di Venezuela

Fat Leonard akhirnya berjaya diberkas di Venezuela

Seorang bekas ahli perniagaan Malaysia yang disabitkan bersalah dalam salah satu skim rasuah terbesar membabitkan Tentera Laut Amerika Syarikat ditahan pihak berkuasa di Venezuela selepas melarikan diri daripada tahanan dalam rumah di AS lebih dua minggu lalu.

NBC News melaporkan Leonard Glenn Francis, yang juga dikenali sebagai “Fat Leonard”, diberkas semalam selepas pihak berkuasa Venezuela dimaklumkan oleh Interpol bahawa dia sedang diburu.



Jurucakap Marsyal AS berkata, Francis cuba menaiki pesawat untuk terbang ke negara lain. Dia akan kekal dalam tahanan di Venezuela sementara pihak berkuasa AS mengatur ekstradisinya.

Francis dikatakan membuka gelang pemantauan GPS di kakinya pada 4 Sept.

Polis San Diego diminta melakukan pemeriksaan terhadap Francis, tetapi apabila mereka tiba di rumahnya, dia didapati tiada di sana.

Francis, yang mengendalikan firma kontrak tentera, Glenn Defense Marine Asia, dari Singapura, ditangkap di San Diego pada 2013 dalam operasi persekutuan.



Syarikatnya menyelenggara kapal Tentera Laut AS yang singgah di pelabuhan bawah kawalannya di seluruh Asia Tenggara. Dia didapati bersalah merasuah pegawai tentera untuk menggunakan pengaruh mereka dan mendapatkan akses kepada risikan tentera, membolehkannya memperoleh jutaan dolar daripada kontrak tentera laut.

Dia mengaku bersalah pada 2015, termasuk bagi tuduhan menyeleweng sekurang-kurangnya USD35 juta daripada tentera laut dalam bentuk bayaran berlebihan. Dia kemudiannya dipenjarakan.

Pada 2018, dia dibebaskan dari penjara untuk menjalani tahanan dalam rumah akibat beberapa masalah kesihatan, termasuk kanser buah pinggang, bawah pemantauan agensi AS. FMT

Fat Leonard akhirnya berjaya diberkas di Venezuela




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa



Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker