Permohonan UPUOnline ke Univeristi Awam dan Politeknik dibuka mulai esok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membuka permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2023/2024 ke program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi bermula 7 Februari hingga 28 Mac depan.

KPT menerusi kenyataan akhbar berkata, permohonan itu bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti selain empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Menurutnya, permohonan boleh dibuat menerusi UPUOnline bermula 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023 bagi permohonan Fasa Pertama manakala 15 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023 bagi permohonan Fasa Kedua.



“Permohonan terbuka untuk pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama.

“Manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua,” katanya di sini tadi.

KPT berkata, pihaknya juga menanggung sepenuhnya kos RM15.00 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID bagi meringankan beban rakyat.

“Dijangkakan lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif itu yang membawa implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta.



“Semua calon berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

“Sebanyak 471 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,088 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM dan setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi



Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker