UMNO Perlu Main Peranan Sebagai Pembangkang Dalam Kerajaan

Oleh Norzahira

Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) sangat unik. Barisan Nasional (BN) kalah dengan hanya memenangi 30 kerusi Parlimen. Namun begitu, pembentukan kerajaan memerlukan kehadiran BN.

Jika BN tidak bekerjasama dan tetap mahu jadi pembangkang maka Parlimen akan terus tergantung. Pilihan yang ada hanya 2 iaitu :-



1. Pilihan raya umum (PRU) semula
2. penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran)

Dalam perkara ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen BN mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

UMNO BN sebagai parti yang sentiasa menjunjung titah YDP Agong bersetuju berada dalam kerajaan Perpaduan.

Namun sebagai parti yang tidak akan mengorbankan prinsip dan perlembagaan UMNO maka seharusnya parti tersebut terus menjadi pembangkang di dalam Kerajaan Perpaduan.



Ini penting bagi membolehkan BN menyemak imbang kerajaan Perpaduan. Dengan itu, UMNO BN boleh bina semula kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Dalam masa yang sama, UMNO perlu juga melihat ke hadapan dan berusaha untuk memulihkan parti supaya ia diterima semula oleh rakyat pada masa akan datang.

Apa yang pasti, akar umbi UMNO akan terus setia dan istiqamah dalam perjuangan ini, walaupun dengan apa juga cabaran dan dugaan yang melanda seperti yang dihadapi sebelum ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker