Tak boleh sorok jika laksana GST, kata pakar

Tak boleh sorok jika laksana GST, kata pakar

Beberapa pemilik perniagaan menentang GST sebelum ini kerana sistem cukai itu menyusahkan mereka yang tidak mahu mendokumenkan transaksi dan mendedahkan keuntungan sebenar, kata pakar percukaian.

Pengerusi Tricor Malaysia, Veerinderjeet Singh, menjelaskan GST menyebabkan perniagaan perlu mengisytiharkan cukai pendapatan dan keuntungan masing-masing.



“Perniagaan yang sebelum itu tidak bayar cukai pendapatan, terutama perniagaan kecil, perlu tampil dan mengisytiharkan cukai pendapatan untuk didaftarkan dalam sistem GST. Mereka tak ada pilihan,” katanya.

Veerinderjeet berkata rekod perakaunan yang disediakan sistem GST membolehkan kastam mengaudit transaksi dari peruncit hingga pengilang, kerana invois difailkan untuk output dan input.

Jika dibandingkan dengan GST, elak cukai boleh berlaku dalam sistem SST kerana hanya satu peringkat dalam rantaian bekalan yang kenakan cukai dan membayarnya kepada pihak berkuasa, katanya.

“Kalau hanya satu segmen khusus perlu kenakan cukai dan bayar kepada kastam, ia jadi tak boleh dipercayai kerana pengilang atau peruncit yang patut kenakan cukai itu mungkin tak mengenakannya, atau mereka kata sudah tapi tak bayar kastam,” katanya.



GST bongkar sisi gelap ekonomi

Juruakaun bertauliah, Appadu Rao Santhariah, berkata sistem berasaskan invois dalam GST dan kebolehan ia mengesan jejak dari mula sampai akhir akan menyingkap pendapatan orang yang tidak mendedahkannya sebelum ini.

“Ekonomi gelap di Malaysia dianggarkan sekitar RM300 bilion, yang mana barangan dan perkhidmatan dibeli atau dijual langsung tidak diambil kira. Tidak ada invois atau rekod pun. Dalam erti kata lain, ia terlepas daripada cukai pendapatan,” katanya.

Barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam ekonomi gelap tersorok daripada pandangan pihak berkuasa, merangkumi pendapatan yang tidak dilapor hingga ke kegiatan haram seperti judi atau penyeludupan.



“Dengan GST pula, perniagaan perlu mengisytiharkan cukai pendapatan kerana kastam boleh semak kadar pusing ganti mereka dan membandingkannya dengan pusing ganti cukai pendapatan. Maka risiko mereka diaudit adalah lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata bilangan syarikat yang berdaftar dengan dengan pihak berkuasa melonjak selepas GST dilaksanakan, daripada kira-kira 122,000 pada 2012 kepada 495,000 pada 2018.

Cukai penggunaan atas dasar pilihan

Dalam pada itu, kedua-dua pakar berkata banyak atau sedikit cukai yang dibayar golongan kaya dalam sistem GST bergantung kepada tahap penggunaan.



“Kalau mereka beli barang yang mahal, mereka akan bayar lebih GST. Tapi dari segi barangan asas, golongan kaya dan miskin bayar jumlah yang sama. Penggunaan adalah pilihan, jadi tak semestinya mereka akan berbelanja lebih,” kata Appadu.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil, pada Isnin mendakwa golongan kaya mendesak pemansuhan GST melalui lobi politik secara paksaan selepas PRU14 lalu, kerana ia menghalang golongan kaya mengelak membayar cukai. FMT

Tak boleh sorok jika laksana GST, kata pakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker