Penyamun tersilap rumah samun rumah jiran

KUALA PILAH: Beberapa lelaki dipercayai tersilap menyamun rumah dengan meminta mangsa menyerahkan hasil jualan lembu dan kambing.

Saedin Abdul Hamid, 77, berkata sekumpulan lelaki bertopeng memecah masuk ke rumahnya di Kampung Gemuruh di sini dan meminta hasil jualan ternakan.

Katanya, beliau yang sudah diikat tangan dan kaki ketika itu memberitahu penjenayah jirannya yang membela lembu dan kambing, bukan beliau.



Fura menunjukkan kecederaan dialami ayahnya selepas kediaman warga emas berkenaan dimasuki penjenayah.

Saedin berkata, kemudian penjenayah yang membawa parang meminta isterinya, Noriah Rose, 77, supaya tidak membuat bising ketika mereka menggeledah rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Antara barang yang disamun ialah wang tunai RM6,500 dan barang kemas bernilai kira-kira RM26,000.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker