Polis kantoi rasuah polis

Polis kantoi rasuah polis

Tiga individu termasuk pegawai polis berpangkat inspektor dan sarjan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah RM100,000.

Ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan sekitar ibu negara antara 7 malam hingga 12 tengah malam.



Menurut sumber, pegawai dan anggota terbabit disyaki meminta rasuah berjumlah RM100,000 daripada seorang pegawai polis kononnya bagi menutup kes yang sedang disiasat SPRM.

“Seorang lagi suspek ditahan adalah pengurus pentadbiran syarikat yang berperanan sebagai orang tengah bagi meminta dan menerima wang rasuah itu.

“Pengurus syarikat itu ditahan ketika menerima wang rasuah berjumlah RM50,000 iaitu sebahagian daripada jumlah yang diminta daripada mangsa,” katanya.

Sumber berkata, susulan penahanan itu SPRM menahan Inspektor dan Sarjan terbabit bagi membantu siasatan.



Pengurus syarikat direman empat hari bermula semalam sehingga 12 September ini selepas pihak SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Bagaimanapun, pegawai dan anggota polis dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. HM



Polis kantoi rasuah polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker