Suami Irma Hasmine buat kejutan, kongsi gambar kahwin baharu

Tiada angin mahupun ribut, suami kepada pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer memuat naik hantaran gambar perkahwinan dengan seorang wanita di Instagram (IG).

Dalam hantaran itu, Redza menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita terbabit.

“Bismillah. Perjalanan baharu bermula. Fokus adalah keluarga, karier dan masa hadapan bersama. Semoga Allah membalas kebaikan untuk doa-doa kalian.



“Semoga Allah SWT makbulkan segala doa-doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari,” tulisnya.

Redza Syah berkongsi gambar bersama isteri baharu dan anak-anaknya. - Foto IG Redza Syah Azmeer
Redza Syah berkongsi gambar bersama isteri baharu dan anak-anaknya. – Foto IG Redza Syah Azmeer

 

Harian Metro cuba menghubungi Irma untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan mengenai perkahwinan suaminya, namun gagal dihubungi.

Tinjauan Harian Metro ke IG Irma menyaksikan tiada hantaran baharu dimuat naik sejak lima hari lalu, selain hantaran ulang siar di IG Story.



Terdahulu, pada Februari lalu, Harian Metro melaporkan Irma enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga dan hal peribadinya apabila diajukan persoalan mengenai perkara terbabit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker