Penampar pun dijual online

Penampar pun dijual online

Ternyata jualan secara atas talian atau online menjadi pilihan orang ramai ketika ini kerana mudah serta praktikal.

Pelbagai medium jualan wujud sejak kebelakangan ini dan pelbagai barangan yang dijual, benda yang kita tidak pernah nampak pun ada dijual dalam platform e-dagang.

Betul bagai dikata, pelbagai barangan ada dijual, hanya mak ayah sahaja yang tiada dalam online.

Satu tinjauan melalui di salah satu platform e-dagang mendapati pelbagai barang dijual dan yang paling mengejutkan adalah jualan ‘penampar online’.

Penampar online itu difahamkan dijual kepada pembeli yang ingin memarahi individu lain melalui media sosial. Penjual akan menghantar gambar penampar itu ke media sosial yang diarahkan pembeli.

Namun, apa yang mengejutkan, jualan penampar online sememangnya laku keras. Ada penampar yang dijual hanya beberapa puluh sen itu habis dijual.

Menjengah di ruangan komen, ternyata orang ramai terkejut dengan jualan produk itu dan ada juga yang ingin mencuba produk pelik tersebut.

“Baru nak order, ada juga yang dah habis. Pelik-pelik la orang kita ni, penampar pun ada jual dalam online, silap-silap najis pun jual nanti,” jelas Wan Along Karim.

“Lain macam produk dia ni, penampar pun boleh. Ini kalau laku 20 penampar sehari ni da kira ok la, sebulan dah dapat berapa?,” soal Akram Adek Mat. K Online

Penampar pun dijual online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker