Pru15 : PAS dominasi kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah – Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata proses agihan kerusi bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) telah banyak diselesaikan, namun jumlahnya masih belum dimuktamadkan.

Abdul Hadi juga menyatakan bahawa parti itu bakal mendominasi sejumlah besar kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Ia sedang dibincang dan sudah banyak yang selesai, (tapi) belum muktamad lagi (jumlahnya) kerana tarikh PRU pun belum diumum. Kelantan, Terengganu dan Kedah kita (akan) mendominasi.

“Saya sudah memberi satu gambaran bahawa perlu PRU dan arahan diberi kepada semua jentera supaya bersiap-sedia,” katanya pada sidang media sempena Muktamar PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.



Anggota Parlimen Marang itu berkata demikian ketika ditanya sejauh mana proses pengagihan kerusi sudah dilakukan antara parti itu serta rakan-rakan komponen dalam MN dan PN.

Untuk rekod, PAS menjalinkan hubungan rasmi dengan Umno melalui MN pada tahun lalu, dan menerima PN yang diterajui Bersatu.

Ketua penyelidik badan pemikir Ilham Centre, Mohd Yusri Ibrahim baru-baru ini mengingatkan bahawa PAS sekali lagi boleh menjadi “mangsa” pada PRU15 jika parti itu tidak bertegas dalam soal agihan kerusi.

Kalau anda terlepas…



Isu Melayu Islam, prestasi menteri antara tumpuan muktamar PAS
Ini selepas PAS tidak diperuntukkan sebarang kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan pada 26 Sept ini, meskipun sebelum ini menuntut sekurang-kurangnya 10 kerusi untuk ditandingi.

Semalam, Pemuda PAS meluluskan usul agar parti itu bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi parlimen pada PRU akan datang.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan kerjasama politik yang terjalin kini.

“Ya sangat berpuas hati, walaupun masih di peringkat awal, masih perlu banyak kerja untuk perkukuhkan lagi,” katanya. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker