Israel bunuh 160 kanak-kanak Palestin setiap hari

Israel bunuh 160 kanak-kanak Palestin setiap hari

Secara purata kira-kira 160 kanak-kanak Palestin terbunuh setiap hari di Gaza dalam tempoh sebulan pengeboman Israel di wilayah itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

“Purata kira-kira 160 kanak-kanak dibunuh setiap hari berdasarkan angka Kementerian Kesihatan (Palestin),” kata pegawai WHO Christian Lindmeier pada taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.



Lindmeier mengulangi keperluan mendesak untuk jeda kemanusiaan bagi meringankan penderitaan.

“Ribuan rakyat di Gaza mati dan mereka yang masih hidup menderita akibat trauma, penyakit, kekurangan makanan dan air.

“Mereka memerlukan air, bahan api, makanan dan akses selamat kepada penjagaan kesihatan untuk terus hidup.”

“Semuanya sudah disediakan kerana logistik, konvoi dan bekalan sudah siap tetapi apa yang tiada ialah akses dan itulah yang diperlukan. Kami memerlukan akses yang selamat dan terjamin tanpa halangan sampai ke pesakit dan hospital,” katanya seperti dilaporkan ANADOLU.



Mengenai hospital di utara, pegawai itu berkata WHO mampu membawa bekalan ke hospital “sekali” sahaja.

“Bekalan benar-benar diambil dari tangan kami dan segera dibawa ke bilik pembedahan kerana semua yang dibawa masuk termasuk ubat bius adalah perlu pada masa itu,” kata Lindmeier.

Ditanya mengenai dakwaan Israel bahawa hospital di Gaza menjadi sasaran kerana terowong Hamas di bawahnya, beliau berkata: “Bagi pihak WHO, kami tidak boleh mengesahkan apa yang ada di bawah hospital. Apa yang boleh kami sahkan ialah apa yang ada di hospital dan di atas tanah dan kemudahan perubatan ini amat diperlukan segera.”

Semenanjung Gaza berada di bawah pengeboman hebat sejak kumpulan Palestin Hamas melancarkan serangan mengejut terhadap Israel pada 7 Oktober.



Sekurang-kurangnya 10,328 rakyat Palestin, termasuk 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita, terbunuh sejak itu, sementara itu angka kematian di pihak Israel hampir 1,600, menurut angka rasmi.

Ketua PBB, Antonio Guterres sebelum ini berkata “Gaza menjadi tanah perkuburan untuk kanak-kanak,” kerana ratusan kanak-kanak perempuan dan lelaki terbunuh atau cedera setiap hari.

Dalam tempoh sebulan 70 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, menurut agensi PBB untuk Palestin, UNRWA.

“Ini datang dengan ketakutan berterusan dan keadaan hidup yang tidak berperikemanusiaan untuk hampir 1.5 juta orang. Tempat perlindungan UNRWA adalah empat kali ganda kapasiti penuh mereka. Orang awam sedang dikenakan pemindahan paksa dan hukuman kolektif,” menurut UNRWA dalam satu kenyataan. BH



Israel bunuh 160 kanak-kanak Palestin setiap hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker