Benda-Benda Tak Pasti, Jangan Masuk Dalam Sejarahlah

Ada cadangan agar “skandal” SatuMDB ini dijadikan sebagai sejarah negara. Sudah tentu bila yang bercakap tu ialah Menteri yang jaga sekolah, maka pandangan orang dia mahu masukkannya dalam sukatan pelajaran.

Tak boleh salahkan orang yang menganggap, salahkan mulut yang bercakap.

Kita bernasib baik cadangan paling bodoh abad ini tidak dihalakan ke situ (sukatan pelajaran) apabila penafian diberikan (setelah teruk dihentam). Kalau tidak, alamat setiap kali bertukar pemerintah, setiap kali itu jugaklah sejarah berubah.

Pun begitu masih ada juga usaha untuk “mensejarahkan” perkara ini, sekalipun tak masuk dalam sukatan pelajaran sekolah.



Dari apa yang kita faham, berdasarkan beberapa tindakan perundangan yang diambil di Amerika Syarikat berkaitan perkara tersebut, yang dikatakan “skandal” SatuMDB ini ialah sebenarnya skandal IPIC. Duit mereka yang nampaknya kena tipu, bukan duit SatuMDB pun.

Tak hairan sehingga sekarang di negara ini tak siapa didakwa kerana mencuri wang dari syarikat tersebut. Dan suspek utama yang dicari berkaitan dengan itu ialah JL bukan sesiapa yang lain. Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Najib Tun Razak, jauh lagilah.

Nak masuk sejarah macam mana?  Bukan “sejarah” kita pun nampaknya.  Yang mengadu kena tipu syarikat luar negara, yang kena tindakan undang-undang di Amerika pun adalah bank pelaburan negara luar. Melainkan JL yang sedang dicari, tak siapa pun dari negara ini yang benar-benar terlibat seperti dinamakan dalam apa-apa tindakan undang-undang di semua negara terlibat, sejarah kita ke tu?

Cakap pasal skandal, semua orang tahu sekarang, persepsi sama ada sesuatu yang berlaku itu ialah skandal atau tidak, bergantung kepada politik. Masa dia belah sini dan menguntungkan dia macam itu, skandal, masa dia sebelah sana dan menguntungkan dia macam ini, bukan skandal pulak.



Banyak contoh dah kalau nak disenaraikan satu persatu, tapi yang pentingnya, takkan benda-benda macam ni nak dijadikan sejarah?

Sebaliknya, kalau nak dikatakan berjuta-juta rakyat yang ditipu bila janji dalam pilihanraya tidak dilaksanakan sebagai sejarah, itu mungkin boleh – setaraf alasan WMD yang digunakan Amerika untuk menjarah negara Iraq dulu.

Hampir semua kena tipu dan ini adalah fakta – apa punlah alasan.  Boleh masuk sejarah tu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker